Rabu, 17 Juni 2009

BAGAIMANA MENJADI SANG JUTAWAN INTERNET

Pendahuluan

Perniagaan internet sekarang kian menjadi trend dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah dengan adanya perniagaan jenis internet, ramai yang sudah memulakan langkah. Ramai juga yang telah Berjaya dalam menghasilkan pendapatan lumayan di internet. Namun tak lupa juga ramai yang habis beribu‐ribu ringgit membeli laporan rahsia, panduan rahsia, video rahsia dan sebagainya yang cukup rahsia tetapi akhirnya kecewa kerana rahsia tersebut tidak menghasilkan pendapatan pun.
Jadi di dalam laporan khas ini saya akan membocorkan semua rahsia yang selama ini dijual dengan harga hampir ratusan ringgit baik oleh penjual dalam ataupun luar negeri. Semua maklumat yang saya berikan adalah percuma.
Namun, ingin saya ingatkan, laporan ini ialah pendedahan rahsia untuk Berjaya. Bukannya tutorial langkah demi langkah. Saya menganggap saya sebagai pensyarah university bukan guru tadika anda.
Segala pendedahan maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan juga rakan‐rakan seperjuangan yang lain. Di mana ada antara kami yang sudah menghasilkan pendapatan 6 angka sebulan. Lima angka menjadi hal yang biasa dalam kami berkongsi berapakah pendapatan bulanan.
Apabila mengenangkan betapa mudah kerja yang kami lakukan untuk menghasilkan pendapatan lumayan, saya berasa sedih kerana ada antara saudara‐saudara saya yang masih menjadi hamba kepada orang lain, menghasilkan pendapatan hanya cukup makan pakai dan bayar hutang. Cukup bulan pening kepala kerana duit sudah hampir habis.
Lebih menyedihkan saudara‐saudara mempunyai pengetahuan dalam dunia IT. Ada email, ada Friendster ada online banking. Lubuk duit Cuma 1 kaki di depan tetapi masih lagi berhempas pulas makan gaji yang tak cukup makan.
Saya akan menbedahkan 3 jenis perniagaan atau aktiviti yang dilakukan oleh usahawan internet sepenuh masa. 2 perniagaan ini adalah yang paling utama dan yang paling menghasilkan pendapatan lumayan.

Tiga jenis Perniagaan itu ialah:

1. Ebay
2. Blogging

2 jenis perniagaan ini mempunyai potensi pendapatan 6 angka. Lebih menggembirakan anda tidak perlu menjadi otai. Tidak perlu pengalaman sehingga bertahun‐tahun, tidak perlu ijazah. Anda juga tidak perlu untuk menghabiskan masa 8 jam sehari di depan computer.

Ebay
Berniaga di Ebay, saya yakin ramai antara pembaca sekalian telah pernah mendengar tentang Ebay. Ramai juga antara anda yang telah mencuba berniaga di Ebay namun menemui kegagalan. Kepada sesiapa yang pernah berniaga tetapi gagal, saya akan kongsikan satu rahsia nanti. Kepada yang belum pernah mencuba, saya sarankan selepas ini anda mencubanya.
Mungkin anda mengenali 2 orang sahabat saya, iaitu Sifu Lan dan Noorizamshah, tidak juga lupa kepada Shahraduan. Di mana ketiga‐tiga mereka ini menghasilkan pendapatan secara sangat mudah antara RM 15 000 hingga RM 30 000 sebulan melalui Ebay sahaja.
Ebay bolehlah saya katakan merupakan pasar raya terbesar di dunia. Transaksi berbilion Dollar dilakukan setiap hari melalui Ebay. Ebay menawarkan kemudahan untuk semua orang berniaga apa sahaja selagi benda yang ingin dijual itu tidak menyalahi undang‐undang.
Persaingan di Ebay juga adalah adil dan saksama. Orang lama di dalam dunia perniagaan Ebay tidak bermaksud beliau mempunyai apa‐apa kelebihan untuk barangnya lebih laku dari orang baru. Ini yang menjadikan ramai orang dapat menikmati pendapatan lumayan di Ebay. Ianya tidak dimonopoli oleh golongan tertentu atau orang lama sahaja. Ebay menggunakan konsep lelongan dan sebarang benda yang ingin dijual akan disenaraikan dengan tempoh masa yang tertentu.
Di dalam perniagaan internet masaalah utama yang dihadapi oleh ramai orang ialah untuk mendapatkan publisiti yang mecukupi untuk menjual. Publisiti yang saya maksudkan ialah trafik atau pengunjung yang melihat barang jualan kita.
Di dalam perniagaan internet, trafik adalah hampir segalanya. Anda boleh menjual produk yang paling menarik, namun saya pasti anda tidak akan mendapat penghasilan lumayan jika tiada orang atau sedikit yang tahu tentang produk anda.
Berita baik! Di Ebay perkara yang menentukan adakah produk anda akan dilihat di muka depan penyenaraian produk ialah adakah tempoh masa penyenaraian anda sudah menghampiri masa tamat. Anda tidak perlu lagi mempelajari tentang apa itu SEO, membeli ruang‐ruang iklan dan sebagainya. Apa yang perlu anda lakukan ialah mempunyai produk yang masanya akan tamat setiap jam dalam masa 1 hari.
Dengan cara di atas anda akan sentiasa mendapat trafik ke produk yang ingin anda jual. Jangan takut untuk melakukan eksperimen dalam mencari cara paling optimum menghasilkan jualan di Ebay. Anda juga pasti ingin mempunyai store di mana pengunjung lelongan anda boleh juga membeli produk anda secara terus sewaktu melihat produk anda.

Jadi, jika anda sudah mempunyai produk yang menarik untuk dijual, anda tidak lagi perlu khuatir untuk mendapatkan pembeli di Ebay. Tetapi saya pasti, anda masih lagi terpinga‐pinga, apa yang ingin anda jual di Ebay. Ini adalah masaalah utama sebenarnya.
Untuk mencari apakah perkara yang sedang hot untuk dijual di Ebay, anda boleh melakukan penyelidikan terlebih dahulu. Pembekal servis penyelidikan produk di Ebay yang saya sarankan ialah Terapeak.com. Di mana anda boleh membuat penyelidikan ke atas data sehingga 90 hari.

Screenshot di atas menunjukkan hasil penyelidikan ke atas produk Jersey Manchester United menggunakan data sebanyak 60 hari. Penjualan jersey ini mempunyai 63% kejayaan. Ini bermaksud dalam 10 produk berkenaan yang disenaraikan, 6 produk akan terjual.
Terapeak merupakan servis berbayar di mana harga langganan sebulan ialah antara $29.00 ‐ $49.00 tergantung kepada jenis langganan. Walaupun agak mahal, ini ialah satu perlaburan yang sangat berbaloi, anda tidak perlu lagi mengagak adakah produk yang ingin anda jual akan mendapat sambutan atau tidak. Jika anda merupakan pembeli Pakej VISA Jutawan anda akan diberikan langganan percuma 1 bulan yang bernilai $49.90.
Bagi mereka yang masih terpinga‐pinga lagi walaupun sudah pun mengetahui apa yang harus dijual. Anda boleh membaca Ebay Rahsia Sifu, di mana anda diajarkan langkah‐demi langkah bagaimana membuka akaun Ebay, mulakan menjual dan Sifu Lan juga akan mendedahkan pembekal rahsia, di mana anda boleh menjual 200 jenis produk tanpa perlu membeli dan meyimpan stok. Ini semua adalah percuma untuk pembeli Pakej VISA Jutawan.

Blogging
Apa itu Blog?
Mungkin ramai yang dengar tentang blog, namun banyak yang belum tahu apakah sebenarnya blog. Blog dari segi bahasa adalah singkatan kepada WEBLOG. Iaitu log atau rekod tentang informasi yang diletakkan di laman web. Blog sekarang sudah menjadi suatu trend dalam dunia IT. Seterusnya saya akan senaraikan perbezaan blog dengan laman web konvesional, perbezaan yang paling jelas ialah blog amat mudah dibina berbanding laman web konvensional yang memerlukan anda tahu berkenaan HTML dan skrip‐skrip lain, antara lain kelebihan blog:

1. Susunan blog yang mudah
Website konvensional biasanya disusun dan boleh di akses hanya melalui menu yang diletakkan di homepage(muka depan) laman web tersebut. Sekiranya tuan punya laman web tidak mahir untuk menyusun menu dan navigation bar, adalah sukar untuk pengunjung melayari laman web berkenaan dan untuk mencari informasi yang diperlukan.
Blog mempunyai beberapa jenis susunan dan ianya boleh dipaparkan di semua mukasurat blog. Pertama melalui tarikh, pengunjung boleh melihat dengan mudah content‐content terkini yang dimasukkan oeh anda. Kedua, melalui category, pengunjung dapat memilih kategori content yang mereka ingini sesuai dengan informasi yang dicari. Ketiga TAG, anda boleh tag content anda dengan perkataan yang anda suka dan pengunjung boleh melihat content‐content yang mempunyai tag yang sama.

2. Mudah untuk menambah content baru
Penambahan content (isi) dan page(mukasurat) amat mudah sekali dengan blog. Anda hanya perlu klik post dan mulakan menulis . Content adalah raja kepada dunia IT, banyak content bermaksud banyak pengunjung ke blog anda. Jika sukar untuk masukkan content, pasti content website anda sedikit dan pasti juga tidak mempunyai pengunjung nanti. Jadi anda jangan risau, sekiranya anda tahu membaca dan menaip, adalah mudah untuk anda memasukkan content ke dalam blog anda.

3. Content dikemaskini dengan selalu
Kebanyakan blog dikemaskini dengan selalu, kerana mudah untuk memasukkan content. Anda tidak perlu risau untuk menulis perkara‐perkara peribadi di dalam blog kerana blog membolehkan hanya ditulis kedalam kategori‐kategori yang berbeda.Jadi pengunjung yang ingin tahu tentang bisnes tidak akan terkeliru dengan coretan peribadi anda.

4. Blog adalah interaktif
Orang ramai lebih percayakan blog, ini kerana blog sangat interaktif dan lebih kepada perbualan. Pengunjung boleh meninggalkan komen untuk content anda dan boleh berinteraksi dengan pengunjung yang lain. Terdapat juga widget (penambahan) chatbox atau shoutbox yang membolehkan anda cit‐cat (sembang) dengan pengunjung anda.

Bagaimana Blog Menghasilkan Duit?
Blog seumpama majalah atau pun surat khabar. Kedua‐dua ini menghasilkan pulangan melalui iklan yang dijual oleh mereka. Lebih banyak pembaca majalah berkenaan, lebih tinggi bayaran yang boleh dikenakan. Ini kerana pengaruh iklan di majalah yang dibaca oleh ramai orang lebih tinggi nilainya. Sebagai bukti, kita begitu kagum sekiranya sesuatu produk (seperti seminar) diiklankan di majalah atau surat khabar yang mempunyai pembaca yang ramai. Sebagai contoh langsung ialah Monsun Biz, saya percaya ramai yang membeli atau berminat dengan program berkenaan kerana ia mempunyai iklan secara besar‐besaran di Harian Metro.
Itu adalah perkara pertama bagaimana blogger menghasilkan duit. Cara kedua pula ialah dengan menjual produk sendiri atau melalui affiliate program. Untuk cara kedua ini, bilangan trafik yang masuk ke blog anda tidak begitu penting. Tetapi yang penting ialah kualiti pengunjung anda. Untuk mendapatkan pengunjung yang berkualiti anda haruslah mempunyai pengaruh yang baik dikalangan pembaca anda. Reputasi yang baik akan membuatkan anda menjadi salesman yang boleh menjual apa sahaja kepada pengunjung anda.
Anda harus memastikan anda mendapat perhatian yang secukupnya untuk mendapatkan trafik yang banyak dan berkualiti. Saya akan berkongsi dengan anda bagaimanakah cara untuk mendapatkan perhatian yang secukupnya untuk blog anda.

Penulisan Blog yang Berkesan
Seperti yang saya katakan sebelum ini, untuk menjadi seorang blogger yang profesional, anda perlu menulis content yang bagus. Orang ramai tidak memasuki blog anda untuk membaca iklan, program affiliate ataupun perniagaan MLM yang anda ceburi. Orang ramai akan terus datang ke blog anda sekiranya anda menyediakan content yang boleh membantu mereka dalam topik yang anda tulis.
Anda harus memberi tumpuan kepada menjadikan blog anda berinformasi, mendidik pengunjung dan menghiburkan. Sekiranya blog anda mempunyai ketiga‐tiga ciri ini, sudah pasti anda akan menjadi seorang lagenda dalam dunia blogger.
Penulisan blog yang berkesan akan menwujudkan perasaan kebergantungan pembaca terhadap anda. Jika anda berjaya menwujudkan perasaan sebegini dikalangan pembaca anda, saya pasti anda dapat memanipulasi pembaca dengan apa juga produk atau promosi yang ingin anda lakukan (nasihat saya jangan manipulasi dengan cara yang salah). Kadang‐kadang kita merasakan kita ini bukan siapa‐siapa yang mempunyai apa‐apa untuk mempengaruhi orang ramai, namun percayalah melalui blogging karisma kita akan terserlah dengan tanpa kita sedari. Perkara ini berlaku pada diri saya sendiri, sebelum ini saya banyak menulis tentang FOREX, berkongsi ilmu dan strategi di blog saya. Pada satu pagi saya mendapat panggilan telefon dari Syria mengatakan beliau telah menghantar sejumlah wang yang besar melalui Western Union untuk membeli salah satu sistem FOREX yang saya bangunkan.
Saya amat terkejut dengan panggilan tersebut, kerana sebelum ini beliau tidak pernah menghubungi saya. Ternyata beliau mengatakan bahawa beliau kagum dengan penulisan saya di blog. Saya menerima wang sejumlah USD 10,000 dari sebuah blog yang saya bina menggunakan wang tidak lebih dari Rm 250 (domain+hosting).
Ini membuktikan bahawa penulisan blog yang berkesan amat berpengaruh dan mendatangkan penghasilan tanpa perlu memenuhkan blog kita dengan bahan‐bahan promosi. Namun begitu pulangan tersebut adalah setelah hampir setahun saya menulis blog dan ianya seolah‐olah hanya satu kebetulan sahaja. Tetapi setelah mendapat beberapa lagi pengalaman lain, saya dapat menformulakan 1 sistem di mana ianya boleh di duplikasi untuk mendapat penghasilan yang hampir sama secara berulang‐ulang.

Teknik Penulisan Blog
Seperti saya katakan sebelum ini, penulisan blog yang berkesan adalah blog yang memberi cukup maklumat berkenaan topik yang anda pilih. Anda juga perlu “menghidupkan” blog anda dengan penulisan yang menghiburkan pengunjung. Antara perkara yang boleh membuatkan penulisan yang berkesan ialah menulis artikel yang akan menjadi panduan orang ramai untuk selama‐lamanya. Penulisan artikel jenis ini amat penting kerana ianya tidak akan lapuk ditelan masa. Artikel panduan ini haruslah sangat unik dan hanya anda yang menulisnya. Anda boleh menulis pelbagai perkara lain di dalam blog anda, tetapi artikel panduan ini wajib berada di dalam blog anda bagi memastikan blog anda sentiasa mendapat “backlink” (link dari website orang lain) dan menjadi rujukan sepanjang masa. Antara teknik menulis artikel panduan adalah seperti berikut:

1. Tulis Artikel “Bagaimana”
Penulisan artikel “bagaimana” adalah satu penulisan yang sangat berkesan. Ianya merupakan artikel yang memberi panduan untuk pengunjug melakukan sesuatu. Sebagai contoh anda boleh menulis artikel “Bagaimana menulis iklan yang menarik di Cari.com.my?” ataupun “Bagaimana memasak daging masak kecap yang sedap?”.
Selain daripada menarik minat pembaca untuk membacanya tajuk artikel yang seperti ini telah menjadi suatu trend dalam pencarian di internet.

2.Tulis Artikel Berbentuk Senarai
Penulisan artikel berbentuk senarai ialah seperti “10 Sebab Kenapa Ramai Blogger Gagal” ataupun “5 Faktor Kenapa Anwar Bakal Menjadi Perdana Menteri Malaysia”. Orang ramai menyukai artikel yang berbentuk senarai sperti ini. Kerana ianya padat dan ringkas, pembaca tidak perlu menghabiskan masa yang lama untuk memberitahu bahawa artikel berkenaan bagus atau tidak.

3.Tulis Artikel Berbentuk Definisi
Walaupun begitu banyak website di luar sana yang menulis tentang definisi pelbagai perkara (seperti wikipedia) anda tidak perlu takut untuk menulisnya. Anda boleh mendefinisikan sesuatu perkara itu dengan gaya, bahasa dan pendapat anda sendiri. Penulisan artikel definisi haruslah mengupas dengan mendalam perkara yang mahu anda definisikan. Anda boleh menulis tentang apa itu blog mengikut penulisan pemahaman anda sendiri. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan pendapat anda ini akan menjadikan artikel ini 2 ini 1, iaitu menambahkan 1 lagi elemen seperti nombor point nomor 4. Saya melakukan itu di blog saya dan juga di dalam ebook ini.

4.Artikel yang Berbentuk Kontroversi atau Perdebatan
Artikel seperti ini memerlukan kesabaran dan penerimaan anda. Kerana ia akan mengundang kritikan. Anda boleh menulis artikel yang kebarangkalian untuk ianya menjadi bahan perbahasan adalah sangat tinggi. RPK (Raja Petra) telah melakukan ini, tapi malangnya pihak yang terlibat adalah Kerajaan Malaysia :D. Bukan sahajasetakat bahan politik, anda boleh memasukkan artikel jenis ini apabila menulis berkenaan artis, agama ataupun teori anda mengenai business dan sebagainya. Pastikan anda membalas komen dengan cara yang profesional.

5. Artikel Berbentuk Teknikal
Anda mempunyai kelebihan yang banyak sekiranya anda menulis artikel yang berbentuk teknikal. Kerana ia akan menjadi rujukan pengunjung pada setiap masa. Sebagai contoh, artikel berkenaan bagaimana membuat bendera yang berkibar menggunakan photoshop.

Blogging adalah satu medium mudah untuk anda mendapatkan trafik dan menyebarkan pengaruh anda di kalangan pengunjung. Dengan pengaruh yang baik, anda akan mendapat kepercayaan dan sudah pasti ia akan memudahkan anda untuk membuat sebarang urusniaga.
Namun, sebaik mana penulisan blog anda ingat “First Impression Last Forever” anda memerlukan premium template untuk kelihatan professional. Antara website yang anda boleh kunjungi untuk membeli premium template ialah http://www.smashingmagazine.com/. Harga premium template ialah antara $49.00 sehingga $250.00. Satu amaount yang besar namun ianya merupakan perlaburan yang sangat berbaloi.
Jika anda maukan koleksi 20 premium template yang bernilai hampir RM 8 000, jadilah pembeli Paket Visa Jutawan. Anda akan mendapat paket lengkap domain, hosting dan premium template. Cuma perlu focus kepada penulisan blog sahaja.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar